Sunday, December 04, 2011

HATI MAU BAIK KAWAN

Baru baru ini, kementerian sumber manusia Singapura mengumumkan bahawa purata pendapatan rakyat tetap mereka telah meningkat lagi tahun ini.

“Peningkatan median gaji bulanan 8% bagi pekerja penuh masa naik dari USD 2,113.00 (RM 6, 593.49) ke USD 2,283.00 (RM7, 121.85) adalah memberansangkan” kata Dr Hui Weng Tat, seorang ahli ekonomi dari Lee Kuan Yew School of Public Policy.

Ini adalah fakta nyata bagaimana Singapura sentiasa dapat berada ditangga atas dalam pelbagai bidang dalam sebarang keaadaan - politik atau sosio ekonomi. Baru sahaja 46 tahun merdeka dari Malaysia, Singapura telah menjadi satu negara contoh berbanding jirannya yang 54 tahun lebih matang di rantau ini.

Purata pendapatan pekerja Malaysia pula adalah kurang dari USD 961.00 (RM 3,000.00) sebulan manakala Thailand and Indonesia masing masing dalam lingkungan USD 320.00 (RM 1,000.00) sebulan - UNESCO, 2009.

“Perhatian juga perlu ditumpukan pada pembaikan upah kerja dan peluang pekerjaan bagi 194,700 pekerja sambilan, kerana terdapat tanda-tanda peningkatan angka ini dan keinginan mereka untuk kerja masa tambahan” kata Dr Hui.

Namun perbandingan ini tidak mudah disimpulkan untuk Indonesia kerana jumlah penduduknya yang besar berbanding dengan kedua negara jiran yang kecil dimana pengagihan ekonominya lebih luas. Ditambah pula dengan faktor pekerja Filipina yang berhijrah ke Indonesia; dengan tidak langsung merampas perhitungan kedudukkan pendapatan purata yang tertinggi dari pekerja Filipina yang bekerja luar dari negara asal. - Jose Z. Molano, Jr., penasihat Overseas Resource Development, Philippines.

Punca perkembangan pesat Singapura boleh dikatakan adalah kerana kesemua faktor. Dari kerajaan hinggalah rakyat umum yang dahagakan kemajuan. Dengan niat sebegini, dan terdesak untuk berdiri tinggi antara jiran, kerajaan mereka dapat restu rakyat untuk menjalankan kegiatan ekonomi walaupun Singapura tiada sebarang sumber eknomi dari tanah sendiri. Singapura juga adalah negara kelima teratas digolong antara negara negara yang paling bebas dari rasuah. - AsiaOne News. Sesuatu yang kerajaan kita gagal - niat untuk menaikkan taraf rakyat dan negara.


Sebagai contoh, parti politik kerajaan utama (UMNO) baru baru ini mengadakan perhimpunan agong. Perhimpunan dua hari dipenuhi dengan hujah hujah yang remeh temeh seperti juga tahun tahun yang sebelumnya. Mementingkan kesetiaan parti, kemenangan pilihan raya, mengapikan ketuanan Melayu dan melecehkan parti pembangkang.


Dari “body-language” yang ditunjukkan presiden parti semasa upacara angkat sumpah setia, jelas kelihatan beliau tidak bertanggapan serius dalam perhimpunan kali ini. Diikuti dengan drama Keris lagi oleh bekas pengerusi, beruk dari Negeri Sembilan dan yang perompak wang rakyat yang ke Disneyland bersama keluarga dan pembantu rumah. Malah dengan gambaran seperti ini, tidak hairanlah mengapa rakyat Malaysia tidak restu kerajaan mereka. Yang dianggap mengenalkan pelbagai “Program Transformasi Kerajaan” semata mata satu helah untuk meragut kemewahan rakyat.

Selagi kerajaan ini tidak ditewaskan, selagi itulah kita hidup terus bekerja keras, mungkin seumur hidup membela kemewahan mereka. Semoga Allah S.A.W. sahajalah yang menyelamatkan kita dari hantu dan syaitan ini.

Tahniah diucapkan kepada Singapura.

3 comments:

  1. “Change in a country begins with one person. Each country reflects the inner peace or turmoil of its mass population, and so as one person changes they affect the rest of the population. One person has the power within them to bring massive change to their country through immense love and peace within themselves. But we cannot bring about peace and well-being to our country unless we have conquered that in our own life. Do you see? You cannot give what you do not have”.

    “Each person's job is to bring utter harmony into their own life, and then they will become the greatest human gift for their country and the world”.

    ReplyDelete
  2. Rhonda Byrne your comment make sense. There seems to be no inner peace between the Malay in Malaysia.

    ReplyDelete
  3. But this thought school, may take a few light years for Asians to master.

    ReplyDelete